Itulah orang kata sebelum buat tak fikir. Baru-baru ini, ada seorang lelaki Thailand, Sanit Cherdchoo yang ditahan kerana mencuri seluar dalam, minta pengadu menarik semula laporan polis.
Katanya, dia bimbang dengan perasaan isterinya jika dapat tahu dia lebih menyukai seluar dalam wanita lain.
Menurut laporan. Sanit telah mencuri sebanyak 12 helai pakaian wanita lain yang digantung di luar rumah.
Perbuatan itu diketahui selepas satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di luar rumah mangsa merakamnya.
Tambahnya, dia melakukan perkara itu kerana berada di bawah oengaruh bahan terlarang selain daripada gemar dengan pakaian dalam yang diperbuat daripada renda dan bergaris nipis di bahagian tepi.
Apa yang lebih mendorongnya melakukan perbuatan itu adalah pakaian sebegitu tidak dimiliki isterinya.

Yang tak masuk akal, dia turut memberitahu warna kegemarannya adalah merah jambu yang juga menjadi sebab dia bertindak mencuri pakaian dalam wanita lain.
Susulan itu, mangsa masih berkeras untuk mengambil tindakan walaupun Sanit merayu supaya laporan digugurkan.
Kes ini juga disiasat dengan teliti kerana Sanit bersalah atas penggunaan bahan terlarang.







